CIMB bawa pulang 5 wang kertas pertama Malaysia

dari Utusan Malaysia

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR 16 Julai – Kumpulan CIMB berjaya membawa pulang

lima keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London pada tahun lalu.

Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali.

Lima keping wang kertas itu masing-masing bernilai RM1, RM5, RM50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001.

Menurut kenyataan CIMB, lelongan khazanah negara itu telah dianjurkan oleh pakar jurulelong profesional, Spink di London pada Oktober lalu.

“Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700),” katanya.

Kejayaan tersebut telah mencatat rekod bidaan untuk Spink daripada aspek wang kertas Asia.

Wang kertas unik tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Md. Nor Yusof kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak selepas majlis pelancaran CIMB-Principal Islamic Asset Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Khazanah bersejarah itu akan dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni BNM.

No comment »

Koleksi Setem 50 tahun Pemerintahan Sultan Kedah

Salam ,

Semalam semasa aku di pekan aloq setaq , jalan agak sesak pasai orang tengok  acara sempena 50 tahun pemerintahan sultan kedah. Aku bukan nak cita pasal acara tu aku nak cita pasai pada 15hb semalam perlancaran Setem 50 tahun pemerintahan Sultan kedah tu . 

Aku pi pejabat Pos Aloq Setaq time tu dalam 9.00 pagi , tengok dah ramai orang dok Q nak beli setem tu , aku tengok banyak orang cina , orang melayu masa tu ada le dua tiga kerat termasuk aku . Beli pulak ingat kan sikit kalau nak yang set Sheetlet tu 3 keping 1 set( ada Setem 30sen, 50 sen dan 1 ringgit- setiap nilai tu ada 22 kpg setem) pastu kena beli plak FDC sampai 22 sampul . perh , 1st time aku beli koleksi setem banyak cam tu .. semua dalam RM46.00 juga la .

Banyak juga tu , ingat nak jual kat ebay jer sikit, yang lain buat koleksi . Lepas nie susah juga  nak cari setem nie , yang sheetlet nyer memang memikat. Hampa leh usya kat blog nie , aku dah post photo kat sana. Ada link kat bawah .

Satu lagi hampa pi la tengok koleksi aku yang baru aku dapat nie , MNH lagi , belum dicop pastu dia punya setem pulak memang best condition tu . Kira luck aku la masa tu  berbaloi masa aku beli tu :). yang nie hampa klik kat link kat bawah nanti . Aku der bercadang aku nak jual kat ebay nanti . 

So aku tak kata aku nyer koleksi hebat , tapi saja aku nak share kat sini . Aku der buat kajian di ebay pasai setem-setem Malaya kita di antara tahun 1860 - 1960 yang masih belum di cop (MNH) amat berharga , ada yang jual atau listing banyak ada yang jual sekeping jer pun leh cecah 89 usd tu .. makna nya setem malaya ada harga samada MNH atau tak. 

Apa apa hampa tengok la koleksi setem malaya aku klik sini .

Setem 50 tahun Pemerintahan Sultan kedah klik sini .

Okey , nanti aku sambung lagi cita aku pasai minat aku nie , duit dan setem :)

No comment »

Nilai duit lama

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

“MANAN, simpan duit ni baik-baik. Ia akan menjadi barangan yang sangat bernilai satu masa nanti.” Itulah pesanan diterima Abdul Manan Hamid, 63, daripada arwah bapa mentuanya, Muhammad Jamil, ketika wang kertas bernilai 10 dolar dikeluarkan kerajaan British, sekitar 1960-an.

Kini, baru Manan faham maksud arwah kerana selepas 40 tahun berlalu, wang bertarikh 5 September 1924 itu menjadi rebutan pengumpul wang lama.

Malah, rakan Manan sanggup membelinya dengan harga ribuan ringgit. Seorang rakan mahu membeli wang berkenaan bernilai RM2,000. Namun setinggi mana pun tawaran diterima, Manan tidak pernah berniat menjualnya.

Baginya, wang itu bukan saja ‘bernilai’ sebagai koleksi peribadi, malah ia ‘hadiah’ kenangan daripada arwah.

“Saya ingat lagi kata-kata arwah. Dia suruh saya simpan, jika saya menjualnya pada orang lain, bermakna saya mengingkari pesannya. Jadi, tidak mungkin saya menjualnya kerana bagi saya ia tidak ternilai dengan wang ringgit,” katanya. Read the rest of this entry »

No comment »

Koleksi Setem Malaya

salam ..

Cukup lama aku tak menaip di sin , sibuk ngan aku nya website yang dah ada agak banyak . Dengan kesibukan kerja aku yg tak habis-habis (. biasa le kerja mana nak abis).

Dalam website aku tu ammbiz tu dah semakin baik dah ada pada muka hadapan google atas keyword “Malaya banknote”. Tapi masih perlu dibaiki . Pengunjung ” unique visitor” dlm 500-600 sehari . masih banyak yang perlu diperbaiki dan dengan PR2 yang masih baru , tak sampai setahun lagi website ini harap ia dapat menjana pendapatan dalam target aku pada tahun 2012.

Jualan di ammbiz dot com masih rendah , masih perlu diperbaiki walaupun ada jualan , dalam 8 bulan nie , nilai jualan tak sampai RM 2,000.00 . Keuntungan masih RM 1,000.00 ke bawah . perlu banyak letakkan barang di ammbiz yang bernilai tinggi.

Koleksi stem malaya aku akan letakkan selepas ini dari koleksi setem malaya . harap ada yang berminat untuk beli sebagai koleksi .

http://img154.imageshack.us/img154/7080/stamp20lf2.jpg

No comment »